loading...

Wednesday, 7 March 2018

Luahan Hati Ziana Zain..Rupa-rupanya Ziana Zain sendiri yang membuat report polis terhadap suaminya, Armin.

Kisah suami Ziana Zain didakwa di mahkamah kerana memukul anak telah diketahui orang ramai.
Dari laporan, anak Ziana Zain telah mengalami lebam dan luka di badan akibat dirotan ayahnya, Armin Zaharin.
Ziana Zain sendiri telah membuat laporan kepada pihak polis terhadap suaminya itu.
Di kalangan netizen, masing-masing ada pendapat tersendiri hal ini kerana suami Ziana Zain mengatakan dia memukul anak ketika mengajarnya mengaji dan solat.
Apabila ditanya pihak media,  Ziana Zain mengatakan perkara ni terlalu peribadi untuk diperkatakan kepada ‘public’.
Ini komen Ziana:
“Saya tak boleh komen lanjut sebab kes mahkamah. Ini terlalu peribadi. Doakan yang terbaik,”
Lebih kurang 24 jam selepas berita suaminya di dakwa atas kesalahan dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya, penyanyi terkenal, Ziana Zain, memuat naik sekeping gambar yang menggambarkan isi hatinya kini.
Ini fotonya:

No comments:

Post a Comment

Follow Us @soratemplates